Selasa, 6 Disember 2011

KPF 51ribu, dapat duit PERCUMA 100ribu?

Lama juga tak update blog ni. Maklumlah, masa cuti sekolah ni macam-macam undangan ada. Kenduri kahwin, berkhatan, doa selamat, balik haji dan banyak lagi.

Isteri dan anak-anak ajak bercuti pun belum sempat lagi. Alahai... Tapi, dah janji lepas dapat bonus Kerajaan nanti, kita pergi la shopping kat mana-mana. Habiskanlah duit tu. tapi ingat, kalau nak beli pun biarlah yang mempunyai value. Apa? RM500? Duit apa pula? O... bantuan one off tu. rasanya saya tak layak, sebab gaji kami sekeluarga baru lebih sikit sahaja dari garis panduan yang diberikan iaitu bawan RM3000 sekeluarga.

Baiklah, apa cerita tajuk pos diatas? Kat facebook, ramai yang tulis, cer cer... cer cer... He he. Sabar, dan saya berjanji akan mengupasnya satu persatu.

Bayangkan jika anda ada RM51 ribu dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF). Pabila genap setahun, anda akan mendapat dividen sebanyak 15% iaitu lebih kurang RM7650.00.

Saya ingatkan disini, jika genap setahun, barulah dapat amaun diatas dengan kadar dividen sebanyak 15%. Lepas tu nak buat apa? Nak keluarkan pun boleh duit / saham tersebut. Percayalah, anda masih lagi akan dapat RM100,000.00 secara PERCUMA. Hebat bukan?

Tak faham? Tak apa, senyum dulu, sebab senyuman itu satu sedekah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan