Kenapalah tajuk ini yang aku pilih. Takkan tak ada lagi tajuk yang lebih bagus? Yelah, tajuk apa yang paas sekarang agaknya? Minggu-minggu akhir musim persekolahan, minggu anak-anak menduduki peperiksaan SPm dan STPM atau minggu yang penuh dengan cerita banjir di sana-sini?
Tapi, aku memilih tajuk ini sebab Kerajaan telah meluluskan dalam Bajet pada Bulan Oktober lalu mengumumkan untuk memberi RM100 kepada seluruh pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Pergh, bayangkanlah, berapa banyak wang yang dilaburkan oleh Kerajaan? Walaupun anak-anakku belum bersekolah, tetapi ada diantara adikku yang juga penerima bantuan ini. Seacara jujurnya, aku mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan kerana pemberian ini.
Walaupun RM100, tetapi ia boleh memberi impak besar jika kita bijak meng'adaptasi'nya.
Ramai yang bersyukur, ramai juga yang kufur nikmat yang telah 'ditulis' ini. Ada yang bilang, RM100 letak celah gigi saja. Buat apa letak kat situ? Orang yang bercakap tu, kalau pun bodoh, janganlah tunjuk kebodohan anda. Malu kita pada haiwan-haiwan yang tidak mempunyai akal seperti manusia.
Ok lah. Dipendekkan cerita. Apa yang boleh dilakukan dengan RM100 ini?
Bagi aku, disenaraikan beberapa perkara yang aku nyatakan kepada beberapa murid atau pelajar-pelajar yang sempat aku jumpa.
1. Beli Dirham, anda akan mendapat 4 keping @RM25 sekeping. Kenapa Dirham? Akan dijawab dalam posting akan datang.
2. Kepada yang belum berkhatan, boleh digunakan untuk bayaran. Masuklah bersama program berkhatan beramai-ramai, murah sikit bayarannya dan anda dapat merasai nikmat RM100 itu seumur hidup. Hebat bukan?
3. Beli pakej insuran. Ada pakej insuran kemalangan peribadi bawah RM100 setahun, ada yang semurah RM20 setahun. Jadi, anda mdilindungi selama setahun oleh insuran. harap-harap tahun mendatang, ada lagi bantuan RM100 ini dan akhirnya kerajaan melindungi anda sampai bila-bila. Tak percaya?
4. Buka Akaun SSPN. Dengan serendah RM20 anda boleh membuka buku tabungan SSPN yang akan menjamin pinjaman pelajaran jika anda memasuki universiti kelak. Bertuahnya anda...
5. Sebenarnya banyak lagi, tapi sayang 'orang politik' asyik cerita politik. Akhirnya berlakulah vice versa antara posiitif dan negatif. Malangnya kita jika 'melihat dunia dari dalam tempurung, bukannya dengan mata burung'...