Ahad, 27 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

 Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

 Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

 Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Sabtu, 19 November 2011

Perkongsian 1- Makna Surah Al Fatihah


Ole-ole Mekah - Siri 1

Maleh nak tulis bebanyak, korang tengoklah dulu. Orang kata harga gula kat sini mahal, harga barang-barang mahal. Nah, buah tangan dari Mekah yang berharga 5 Riyal sekilogram
.


Jumaat, 18 November 2011

Kepulangan Abah & Mak dari Tanah Suci

Alhamdulillah... Semuanya selamat bagai dirancang. Setelah 42hari meninggalkan tanah tumpahnya darahku, Malaysia tercinta, akhirnya abah dan mak selamat sampai di KLIA pada jam 5.30petang. Walaupun 'delay' selama 4jam di Lapangan Terbang Jeddah, tetapi kedua mereka amat gembira dengan wajah yang bersinar-sinar. Semoga Abah dan Mak mendapat Haji Mabrur. Insyaallah.

Khamis, 17 November 2011

Ada Apa Dengan RM100

Kenapalah tajuk ini yang aku pilih. Takkan tak ada lagi tajuk yang lebih bagus? Yelah, tajuk apa yang paas sekarang agaknya? Minggu-minggu akhir musim persekolahan, minggu anak-anak menduduki peperiksaan SPm dan STPM atau minggu yang penuh dengan cerita banjir di sana-sini?

Tapi, aku memilih tajuk ini sebab Kerajaan telah meluluskan dalam Bajet pada Bulan Oktober lalu mengumumkan untuk memberi RM100 kepada seluruh pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Pergh, bayangkanlah, berapa banyak wang yang dilaburkan oleh Kerajaan? Walaupun anak-anakku belum bersekolah, tetapi ada diantara adikku yang juga penerima bantuan ini. Seacara jujurnya, aku mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan kerana pemberian ini.

Walaupun RM100, tetapi ia boleh memberi impak besar jika kita bijak meng'adaptasi'nya. Ramai yang bersyukur, ramai juga yang kufur nikmat yang telah 'ditulis' ini. Ada yang bilang, RM100 letak celah gigi saja. Buat apa letak kat situ? Orang yang bercakap tu, kalau pun bodoh, janganlah tunjuk kebodohan anda. Malu kita pada haiwan-haiwan yang tidak mempunyai akal seperti manusia.

 Ok lah. Dipendekkan cerita. Apa yang boleh dilakukan dengan RM100 ini? Bagi aku, disenaraikan beberapa perkara yang aku nyatakan kepada beberapa murid atau pelajar-pelajar yang sempat aku jumpa. 


1. Beli Dirham, anda akan mendapat 4 keping @RM25 sekeping. Kenapa Dirham? Akan dijawab dalam posting akan datang.

 2. Kepada yang belum berkhatan, boleh digunakan untuk bayaran. Masuklah bersama program berkhatan beramai-ramai, murah sikit bayarannya dan anda dapat merasai nikmat RM100 itu seumur hidup. Hebat bukan?

3. Beli pakej insuran. Ada pakej insuran kemalangan peribadi bawah RM100 setahun, ada yang semurah RM20 setahun. Jadi, anda mdilindungi selama setahun oleh insuran. harap-harap tahun mendatang, ada lagi bantuan RM100 ini dan akhirnya kerajaan melindungi anda sampai bila-bila. Tak percaya?

4. Buka Akaun SSPN. Dengan serendah RM20 anda boleh membuka buku tabungan SSPN yang akan menjamin pinjaman pelajaran jika anda memasuki universiti kelak. Bertuahnya anda...

5. Sebenarnya banyak lagi, tapi sayang 'orang politik' asyik cerita politik. Akhirnya berlakulah vice versa antara posiitif dan negatif. Malangnya kita jika 'melihat dunia dari dalam tempurung, bukannya dengan mata burung'...

Selasa, 15 November 2011

Kenegaraan

Jam 10.30 pagi, aku hadir ke Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol yang terletak di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Hari ini, aku ditugaskan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Jelebu / Jempol untuk mengisi slot ceramah Kenegaraan kepada murid-murid tahun 5, 6 dan pelajar tingkatan 3. Program ini juga adalah satu kolaborasi bersama Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Jempol.

Seramai 120 orang peserta yang terlibat dalam kursus selama 3hari 2malam ini. Aku dibantu oleh Saudara Azahari Abdul Manas, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Daerah Jempol. Slot ini sepatutnya bermula jam 11.00 pagi tetapi atas faktor yang tidak dapat dielakkan, kami bermula lewat 30minit dari masa yang diberikan.

Aku melihat potensi dalam diri para peserta, mereka terlalu mentah untuk didedahkan dengan perkara yang 'berat-berat'. Tetapi, malangnya kita tidak boleh selalu mengharapkan hari panas hingga ke petang. Sesuatu harus dilakukan kepada mereka. Suntikan kebenaran, pengetahuan tambahan serta ilmu 'persekitaran' mesti ditambah gaul supaya mereka tidak 'tenggelam' dengan arus pembaharuan.

Secara keseluruhannya, mereka masi lagi 'putih bersih'. Di manakah kesilapan sistem 'pendidikan' dinegara kita. Mereka tidak diberikan input yang sepatutnya, seolah-olah mereka diprogram untuk melayari kehidupan seharian. Masih belum terlambat untuk menilai dan undur selangkah demi kemajuan beberapa langkah yang mendatang...

Semoga sedikit sebanyak ilmu, coretan, kata-kata semangat dan 'game' yang aku berikan boleh merubah diri mereka semua ke arah insan yang lebih positif dan cemerlang...


Isnin, 14 November 2011

Mekanisme Pelaburan

Hari ini aku pos benda simple je. Bukan apa, kata orang nak 'warming up' dulu...

Cuba perhatikan dan fahamkan satu-persatu. Apa? Tak faham??? Ala.. korang janganlah malas sangat. Fikirlah di 'Luar Kotak'. Atau cara paling baik, buat 'search' tajuk kat Google. Boleh kan?..

Ok, aku akan kongsikan mekanisme pelaburan yang aku gunakan...

1. ASB dan Pinjaman ASB.
2. OD -Personal atau Business OD
3. KPF
4. Emas- Barang kemas 916/999, Dinar
5. Perak dan Dirham.
6. Hartanah
7. Kenderaan.

Selamat berfikir dan mentelaah... He he.

Ahad, 13 November 2011

Luar Kotak?

Sebelum aku cerita yang ntah apa-apa, lebih baik aku buka fasa pertama 'Luar Kotak' ini. Pernahkah kita mendengar tentang simpanan? ...tentang pelaburan? ...bagaimana pula tentang pulangannya?

Ada banyak peluang dan ruang yang diberikan oleh Kerajaan, terutamanya kepada kita kaum Melayu / Bumiputera. Cuma, masalahnya samada kita sedar ataupun tidak mekanisme yang telah dihidangkan depan mata kita itu.

Bagaimana dengan emas dan perak? Tahukah kita tentangnya? Berapa ramai yang 'menggali' tentangnya melalui Al-Quran? Ya, dalam Al-Quran disebut dinar dan dirham...

Macamana nak kongsi, kalau tiada satu pun mekanisme tersebut anda tahu. Apakah antara mekanisme yang anda tahu? Cuba ceritakan sebelum aku mengorak langkah lebih dalam lagi...

Siapa berani?..

Sabtu, 12 November 2011

Kenapa hanisq?

Sebelum aku sambung cerita semalam, sebelum orang tanya aku kenapa nama blog ini hanisq.blogspot.com, biarlah aku sendiri yang jawab. Sebabnya, kan tajuk besarnya 'Luar Kotak'. Nanti korang semua puas pulak cari jawabnya. Aku tidak suka berahsia, sebab buat apa. Kalaulah berahsia itu mendatangkan pulangan, tak usahkan korang, biar aku je yang tolong simpankan rahsia korang tu. He he...

Kan aku dan 'mention' blog ini sebagai 'baby' baru aku. Sebab itulah aku letak nama hanisq kerana kedua orang anak-anakku yang comel ini bermula dengan perkataan tersebut. Seorang Hanis Qaisara dan seorang lagi Hanis Qairina. Ops, lupa pulak. Sorang lagi Hanis Q. Hu hu...

Nak tengok rupa Hanis Q tu... Boleh, silakan. Gambar diambil semasa sambutan Aidilfitri yang lalu di rumah mak saudara di Kajang.


Jumaat, 11 November 2011

11.11.11

Assalamualaikum WBH dan Salam 1Malaysia...

Agak 'klise' pembukaan blog ini kan? Tapi xpelah... Asalkan aku nak berkongsi ilmu yang ada dalam diri ini untuk kepentingan umum. Mungkin tak semua akan dipaparkan secara terus-menerus untuk mengelakkan kekeliruan, tetapi percayalah niat aku memang nak menolong sesama bangsa untuk mencari makna sebenar 'Luar Kotak' dalam apa jua bidang...

Kenapa 11.11.11? Entahlah, ramai sangat yang cakap pasal tarikh ini. Maka aku pun ambil kesempatan untuk melahirkan seorang lagi 'bayi baru' pada tarikh ini. He he...

Sebagai intro blog ini, bolehlah aku perkenalkan diri secara ringkas. Umur aku sekarang 36 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan yang berumur 3 dan 1 tahun. Pergh, syok ada anak kecil ni, ye tak? He he... Tak dapat nak selesaikan kerja secara 'up to date' sebab selalu diganggu mereka. Bila pergi kursus ke, rindu sesangat... Muah, 'dd' atau 'daddy' sayang kat kamu semua...

Isteri aku berumur 34 tahun dan masih bekerja. Kalau tak salah dah masuk 11 tahun bekerja di dalam sektor Kerajaan. Alhamdulillah, setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Tetapi...

Kenapa? Mengapa? Cuba cerita....